Monday, 24 April 2017

Jom Kenal Tong Sampah Kitar Semula


Apa Sebenarnya Kempen Hari Tanpa Beg Plastik?

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini mampu dijadikan sebagai tabiat harian untuk menjaga kebersihan akibat kesukaran melupuskan plastik.


Kempen Hari Tanpa Beg Plastik mampu memberi impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan buat anak cucu kita.

Hari Tanpa Beg Plastik setakat ini hanya disertai dan disokong oleh organisasi-organisasi dan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven dan sebagainya.
Lebih kurang 500 billion ke 1 trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih dari sejuta penggunaan beg plastik dalam masa seminit dan berbilion-billion beg ini akan menjadi sampah.

Apa yang membimbangkan tentang plastik?

Plastik merupakan bahan yang diperbuat dan sebuah sumber yang amat berharga - minyak. Lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak kita pada masa hadapan.

Sewaktu beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen, benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak dapat lupus dari muka bumi.

Kalau pun kita mengurangkan penggunaan beg-beg plastik sekarang, masih terdapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul.

Beg plastik sukar dihapuskan

Sekiranya dibakar, plastik akan membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser dan sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita.

Binatang yang menyangka beg plastik sebagai makanan boleh mati apabila makan beg plastik tersebut.

Selain itu, beg plastik juga menyebabkan berlakunya peresapan air yang menyebabkan banjir dan merosakkan kesuburan tanah.

Beg plastik tergolong sebagai “barang sekali pakai” sehingga memperbanyak sampah.

Kalau kita berbelanja secara bulanan di pusat membeli-belah, sekali belanja kita akan memakai paling tidak 4 beg plastik dalam pelbagai ukuran.

Jakarta misalnya, menghasilkan sekitar 6,000 tan sampah setiap hari, yang lebih dari separuhnya adalah sampah non-organik terutamanya plastik dan kertas.

Dari segi ekonomi, mengitar semula beg plastik tidak mendatangkan untung, kos mengitar semula satu tan beg plastik adalah $4000 dan hasilnya hanya $32 dalam pasaran komoditi.

Untuk menghasilkan beg plastik, setiap tahun diperlukan 12 juta barrel minyak, ditambah lagi dengan krisis minyak yang mengakibatkan melambungnya harga minyak mentah.

Pengurangan beg plastik akan mengurangkan pergantungan terhadap minyak dari negara asing

Jika kita menggunakan beg yang boleh digunakan semula, sebaknya 6 beg plastik dapat dijimatkan.

Jika hanya 1 daripada 5 orang di Malaysia mengamalkan tabiat ini, kita dapat mengurangkan sebanyak 110,822,400,000 beg plastik sepanjang hayat.

Beberapa buah negara telah mengharamkan penggunaan beg plastik, contohnya negara China telah mengharamkan pemberian beg plastik percuma. Ekoran daripada itu, negara China akan menjimatkan 37 juta tong minyak. -penerangan

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Dengan Cara Menakut-nakutkan Pengguna?

Kempen Hari Tanpa Plastik yang dipraktikkan di beberapa pasar raya besar kini bukanlah satu langkah baik mendidik masyarakat mencintai alam sekitar.

Maklumat terperinci mengenai keburukan penggunaan beg plastik perlu diterangkan dengan jelas dan bukannya menakut-nakutkan pengguna.

Apa yang dapat dilihat adalah, pengguna Malaysia telah dimomokkan dan ditakutkan dengan fakta tidak jelas dan tidak disokong dengan penjelasan dari sudut sains.

Maklumat yang diperoleh kini hanyalah guna beg plastik bahaya, cemar alam sekitar, tetapi dalam masa yang sama pengguna masih memerlukan beg plastik ketika membeli-belah.

Walaupun, dikenakan caj 20 sen, pengguna masih bayar kerana beg plastik memang mustahak.

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik sebenarnya masih tidak berjaya sebaliknya menguntungkan pihak pasar raya yang terlibat menyahut program ini.

Jikalau pada hari biasa pasar raya besar perlu mengeluarkan beg plastik sebanyak 1,000 tetapi pada Sabtu jumlah tersebut dikurangkan.

Malah, bertambah untung apabila menjual pula sekeping beg plastik pada harga 20 sen pada pengguna yang terlupa bawa beg sendiri dan amat memerlukannya untuk mengangkat barang. Pada Sabtu, mereka boleh mengaut untung dengan cara sebegini.

Maksud tersirat di sebalik Hari Tanpa Beg Plastik adalah, ramai pengguna tidak tahu ke mana perginya 20 sen tersebut.

Apa yang berlaku adalah pihak pasar raya menggunakan wang tersebut untuk melakukan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

Jika sebelum ini mereka memperuntukkan wang pengurusan RM20,000 atau RM30,000 untuk CSR tetapi kini menerusi kempen Hari Tanpa Beg Plastik, keuntungan tambahan berjaya dibuat.

Pihak pengurusan pasar raya dan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sepatutnya mengesyorkan atau mengalu-alukan orang ramai membawa beg plastik sendiri dan memberikan insentif seperti mata ganjaran di mana pengguna dapat menukar mata ganjaran tersebut dengan barang belian atau diskaun 20 sen.

Insentif sebegini akan memotivasikan pengguna mengamalkan konsep 'kurangkan, guna semula dan kitar semula.'

Dengan membawa beg plastik sendiri, pengguna mengamalkan sikap pengurangan serta penggunaan semula beg plastik yang diperoleh daripada pasar raya tersebut.

Pihak pengurusan pasar raya juga harus mendidik pekerja di kaunter cara menyusun barang belian pelanggan dengan lebih cermat yang mana untuk setiap beg plastik tahan lasak mampu mengisi banyak barang sekaligus mengelak penggunaan lebih banyak beg plastik.

Selain itu, apa yang perlu dididik dan didedahkan kepada rakyat adalah menanamkan sikap mencintai alam sekitar dengan cara membuang sampah dengan cara yang betul, bukannya meneruskan amalan membuang sampah merata-rata seperti sekarang.

Jika semua masyarakat Malaysia bertanggungjawab dan membuang sampah pada tempat yang betul, tidak akan berlaku beg plastik masuk ke dalam longkang atau laut.

Selain itu, banyakkan program kesedaran kitar semula.


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2017/01/hari-tanpa-beg-plastik.html#ixzz4fEIXxrCy 

Jangan Lepaskan Peluang! Jom Sertai Ramai-ramai

Pertandingan Rekacipta Poster Digital Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2017


Syarat- syarat Pertandingan REKACIPTA POSTER DIGITAL SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2017
  1. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah dan Institut Pengajian Tinggi Malaysia yang menjadi ‘Rakan Alam Sekitar’ (RAS)
  1. Tema pertandingan ialah “NEGARAKU, ALAM SEKITAR KU”
  1. Pertandingan akan dimulakan pada 17 April 2017 (isnin) dan berakhir pada 17 Mei 2017 (Rabu).
  1. Sebelum menyertai pertandingan ini, peserta hendaklah mengisi borang online yang dilengkapi Nama, Alamat, Nombor Kad Pengenalan,Nombor Telefon, e-mel, Nama Universiti atau Sekolah dan nombor keahlian Rakan Alam Sekitar bagi mengesahkan penyertaan pertandingan ini.
  1. Sila isi borang online di sini untuk pendaftaran. Setiap penyertaan peserta juga hendaklah dibuktikan dengan keahlian Rakan Alam Sekitar. Bagi peserta yang belum menjadi ahli Rakan Alam Sekitar, peserta boleh mendaftar secara online di laman web http://ras.doe.gov.my/portal/
  1. Semua penyertaan mestilah hasil karya sendiri, merupakan idea sendiri dan tidak mengandungi elemen pengubahsuaian. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli. Penyertaan dibatalkan serta merta sekiranya poster yang dihantar pernah memenangi atau menyertai pertandingan-pertandingan poster yang lain.
  1. Setiap peserta dibenarkan menghantar maximum 1 poster yang menggunakan Perisian Photoshop yang bersaiz 752 X 1063 (pixel) dan setiap poster mestilah mempunyai logo Jabatan Alam Sekitar. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan penyertaan anda dibatalkan.
  1. Semua penyertaan yang dihantar adalah hak milik Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Ia akan digunakan bagi tujuan promosi dan pendidikan seperti poster, cetakan risalah, buku, laman web dan lain-lain.
  1. Tarikh akhir penyertaan adalah jam 12.00 tengahari 17 Mei 2017 (Rabu)

Hadiah berupa wang tunai beserta sijil penyertaan akan diberi kepada pemenang-pemenang seperti berikut:
  1. Kategori IPT
Pemenang tempat pertama                                                RM 1,000.00
Pemenang tempat kedua                                                   RM    500.00
Pemenang tempat ketiga                                                   RM    3,00.00
  1. Kategori Sekolah Menengah
Pemenang tempat pertama                                                RM 1,000.00
Pemenang tempat kedua                                                   RM    500.00
Pemenang tempat ketiga                                                   RM    3,00.00

Hantar Poster pertandingan ke posterdigital@doe.gov.my

Hari Pengguna Malaysia 2017 (HPM2017)

Program Hari Pengguna Malaysia (HPM) disambut pada 26 Julai setiap tahunTarikh ini dipilih mengambil sempena pewartaan Akta Perlindungan Pengguna (1999). Ia mula diadakan oleh FOMCA pada tahun 2002.
Objektif utama program HPM adalah utnuk memudahkan pembangunan pengguna yang bertanggungjawab, berberhemat dan matang. Pengguna yang bertanggungjawab, berhemat dan mantang ialah pengguna yang mempunyai pengetahuan yang betul, mempunyai sikap dan kemahiran yang dapat menguruskan penggunaan dan kewangan peribadi mereka secara yang berkesan demi kesejahteraan keperibadian dan kewangan mereka.

Bagi mencapai matlamat ini, FOMCA menggunakan dua pendekatan. Pertama, pendidik pengguna mengadakan ceramah di kelab pengguna sekolah, industry dan komuniti tentang isu berkaitan kepenggunaan seperti hak dan tanggungjawab pengguna, pendidikan kewangan, pengguna lestari dan membuat aduan yang berkesan. Pada tahun 2016, pendidik pengguna telah mengadakan sesi ceramah di 150 buah sekolah melibatkan 61,235 peserta. Pada tahun 2016, FOMCA juga mengadakan program di 223 buah komuniti yang menjangkau lebih daripada setengah juta orang.

Kedua, pengguna muda digalakkan untuk terlibat dalam pertandingan HPM. Pertandingan ini diadakan sempena Hari pengguna Malaysia. Antara pertandingan tersebut ialah mewarna, esei, poster, fotografi, blog, montaj video, buku skrap, kartun dan speak-up, mywater dan anjugrah penyertaan sekolah terbanyak. Pada tahun 2016, sebanyak 120,556 penyertaan telah diterima dalam pertandingan ini.

Melalui Pertandingan HPM, pengguna muda akan membuat penyelidikan tentang isu kepenggunaan untuk membolehkan mereka menyertai pertandingan tersebut. Secara tidak langsung, mereka akan mendapat pengetahuan yang betul, kemahiran dan sikap menjadi pengguna yang bijak apabila meningkat dewasa. Ini memberikan mereka kefahaman tentang isu kepenggunaan.

Jumlah pengguna muda yangpenyertaan Pertandingan HPM meningkat daripada 6,909 pada tahun 2002 kepada 129,509 pada tahun 2014, iaitu peningkatan sebanyak 1774.5% sepanjang 7 tahun. Nilai hadiah pertandingan pada tahun 2016 ialah RM250,000. Pertandingan ini telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records pada tahun 2010, 2012 dan 2014 bagi penyertaan terbanyak Pertandingan Kepenggunaan.

Justeru, Pertandingan HPM menerima sokongan yang baik daripada pengguna muda, berdasarkan peningkatan dari segi penyertaan pertandingan. Semenjak dimulakan pada tahun 2002, jumlah besar pengguna muda yang diberikan pendedahan tentang pelbagai aspek isu kepenggunaan berkaitan perlindungan dan kebajikan pengguna.

Kajian Profil Pengguna Kebangsaan 2009, yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mendapati 92% responden mengetahui dan menyedari kewujudan FOMCA seabgai persatuan pengguna di negara ini. Angka ini dua kali ganda berdasarkan kajian yang sama dilakukan pada tahun 2001 (46%). FOMCA percaya salah satu factor yang mempengaruhi kejayaan Pertandingan Kepenggunaan ini ialah peningkatan penampilan FOMCA pada pandangan masyarakat, khususnya pelajar sekolah semenjak tahun 2002.

Input daripada pertandingan
Pada setiap tahun, input daripada penyertaan pertandingan, terutamanya, pertandingan mengarang esei, akan dianalisis dan diringkaskan. Input ini penting kerana ia mewakili suara pengguna Malaysia. Pengumpulan pandangan dan komen ini digunakan oleh FOMCA dalam membuat desakan pelobian yang berkesan terhadap agensi kerajaan bagi mengadakan kerangka perlindungan pengguna yang baik di negara ini.

OBJEKTIF

Objektif utama projek ini adalah:
  • Mendidik pengguna tentang hak dan tanggungjawab mereka;
  • Meningkatkan pendayaupayaan pengguna tentang isu semasa dan baru; dan
  • Menyediakan saluran kepada pengguna untuk menyuarakan keprihatinan dan cadangan mereka terhadap isu pengguna yang baru.

KUMPULAN SASARAN

  1. Pra sekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
  2. Institusi Pengajian Tinggi
  3. Guru / Pensyarah
  4. Masyarakat Awam / Komuniti
TEMPOH PROJEK

  • Januari 2017 – Oktober 2017

JANGKAAN OUTPUT

  • Pengguna lebih mengetahui hak dan tanggungjawab mereka;
  • Pengguna mempunyai keyakinan dan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, dan mampu untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam; dan
  • Pengguna mendapat lebih pengetahuan tentang peri pentingnya Penggunaan Lestaria bagi menyokong kesejahteraan hidup masyarakat dan alam sekitar.

STRATEGI PELAKSANAAN

Projek ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Pendidikan Malaysia.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan projek terdiri daripada tiga bahagian utama:
  1. Pertandingan Kepenggunaan
  2. Ceramah Kepenggunaan di sekolah, institusi pengajian tinggi dan komuniti
  3. Pertandingan Mewarna di pasar raya besar dan komuniti

Berita Kitar Semula

Assalamualaikum. Okay hari ni nak tunjuk sikit keratan-keratan akhbar mengenai kitar semula. 




Okay..nampak x.. Ni baru 5 keratan saya bagi. kalau awak semua baca newspaper hari-hari memang banyak sangat berita mengenai alam sekitar ni. kita sepatutnya bersyukur dan bertuah sebab negara kita masih mengamalkan amalan-amalan kitar semula. Sebab tu bila persekitaran bersih barulah ramai pelancong nak datang melancong negara kita. #WeLoveMalaysia 💗
Dan kat bawah ni adalah link untuk awak semua nak tahu lebih lanjut berita-berita terkini/ isu semasa mengenai alam sekitar dan kitar semula 😍 Happy Reading gais. 

Sunday, 23 April 2017

Jom Asingkan "Bahan-bahan Kitar semula"





Assalamualaikum dan Hello everyone...Tahukah anda bahawa kebanyakan negeri telah memulakan pengasingan sisa pepejal dari rumah dan juga premis Pengasingan sisa pepejal ini bermula 1 September 2015 di beberapa negeri seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah. Kegagalan melakukan pengasingan sisa pepejal boleh menyebabkan anda dikompaun sebanyak RM50. So, Di sini saya akan senaraikan Sisa Pepejal mengikut kategori yang telah ditetapkan.. Ini bagi memudahkan kita untuk mengasingkan sisa pepejal yang berkenaan mengikut kategori yang ditetapkan..


1. SISA BAKI

Sisa yang tidak boleh dikitar semula dan akan dilupuskan di pusat pelupusan. Ikat sisa dengan kemas kemudian letakkan ke dalam tong sampah, kutipan akan dilakukan 2 kali seminggu.


2. SISA KERTAS

Sisa yang dihasilkan daripada kertas dan boleh dikitar semula. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan di tepi tong sampah, kutipan akan dilakukan sekali seminggu.

3. PLASTIK

Sisa yang dihasilkan daripada plastik dan boleh dikitar semula. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan di tepi tong sampah, kutipan akan dilakukan seminggu sekali.

4. SISA LAIN-LAIN

Sisa selain daripada sisa baki, kertas, dan plastik. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik, jika terlalu besar, letakkan dengan kemas di tepi tong sampah. Kutipan akan dilakukan sekali seminggu.



Okey thats all. So, kalau awak semua nak tengok idea yang lagi kreatif "DIY" macam mana nak kitar semula bahan-bahan ni boleh tekan link kat bawah ni okey 😀 Thank you.