Assalamualaikum dan Hello everyone...Tahukah anda bahawa kebanyakan negeri telah memulakan pengasingan sisa pepejal dari rumah dan juga premis Pengasingan sisa pepejal ini bermula 1 September 2015 di beberapa negeri seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah. Kegagalan melakukan pengasingan sisa pepejal boleh menyebabkan anda dikompaun sebanyak RM50. So, Di sini saya akan senaraikan Sisa Pepejal mengikut kategori yang telah ditetapkan.. Ini bagi memudahkan kita untuk mengasingkan sisa pepejal yang berkenaan mengikut kategori yang ditetapkan..
1. SISA BAKI
Sisa yang tidak boleh dikitar semula dan akan dilupuskan di pusat pelupusan. Ikat sisa dengan kemas kemudian letakkan ke dalam tong sampah, kutipan akan dilakukan 2 kali seminggu.
2. SISA KERTAS
Sisa yang dihasilkan daripada kertas dan boleh dikitar semula. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan di tepi tong sampah, kutipan akan dilakukan sekali seminggu.
3. PLASTIK
Sisa yang dihasilkan daripada plastik dan boleh dikitar semula. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan di tepi tong sampah, kutipan akan dilakukan seminggu sekali.
4. SISA LAIN-LAIN
Sisa selain daripada sisa baki, kertas, dan plastik. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik, jika terlalu besar, letakkan dengan kemas di tepi tong sampah. Kutipan akan dilakukan sekali seminggu.
Okey thats all. So, kalau awak semua nak tengok idea yang lagi kreatif "DIY" macam mana nak kitar semula bahan-bahan ni boleh tekan link kat bawah ni okey š Thank you.
No comments:
Post a Comment