Saturday, 22 April 2017

Apa Itu Alam Sekitar?


DEFINISI ALAM SEKITAR

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama iaitu :


  1. Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata dan sebagainya serta fenomena semula jadi yang berlaku.
  2. Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air dan iklim serta tenaga, sinaran, cas elektrik dan kemagnetan yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.
KEPETINGAN ALAM SEKITAR

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan nyaman. Di samping memberi keselesaan kepada manusia. Aktiviti-aktiviti pembangunan negara sedikit sebanyak akan menjejaskan alam sekitar di negara kita jika tidak dijaga dengan baik. Antara kepentingan alam sekitar ialah :



(i) Kesihatan manusia terjamin

(ii) Tarikan pelancong asing

(iii) Membekalkan udara yang segar

(iv) Menstabilkan ekosistem

(v) Memelihara habitat hidupan darat dan air 

(vi) Mengelakkan kepupusan

PUNCA KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR

Kemusnahan alam sekitar diakibatkan oleh pelbagai pihak. Sektor perindustrian dan sektor pertanian yang merupakan sektor terpenting di negara kita turut menyumbang dalam kemusnahan alam sekitar. Selain itu, punca-punca lain ialah:

(i) Penggunaan baja kimia dan secara berlebihan
(ii) Penebangan pokok-pokok secara berleluasa
(iii) Pembakaran terbuka
(iv) Pembebasan gas-gas seperti gas karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan lain-lain.
(v) Pembuangan sisa-sisa bahan toksik 

KESAN KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR

Alam sekitar yang sedang mengalami kemusnahan telah membawa banyak kemudaratan kepada manusia dan hidupan tidak kira hidupan di darat ataupun di air.  Antara kesannya adalah seperti berikut :

(i) Pencemaran udara dan jerebu
(ii) Fenomena hujan asid
(iii) Pencemaran bau
(iv) Pencemaran air
(v) Kemusnahan hidupan akuatik
(vi) Peningkatan suhu sekitar / pemanasan setempat
(vii) Keracunan
(viii) Hakisan tanah dan banjir
(ix) Kesihatan terjejas

Sumber : http://abihulwa.blogspot.my/2012/03/isu-alam-sekitar-apakah-peranan-kita.html

No comments:

Post a Comment