Program Hari Pengguna Malaysia (HPM) disambut pada 26 Julai setiap tahun. Tarikh ini dipilih mengambil sempena pewartaan Akta Perlindungan Pengguna (1999). Ia mula diadakan oleh FOMCA pada tahun 2002.
Objektif utama program HPM adalah utnuk memudahkan pembangunan pengguna yang bertanggungjawab, berberhemat dan matang. Pengguna yang bertanggungjawab, berhemat dan mantang ialah pengguna yang mempunyai pengetahuan yang betul, mempunyai sikap dan kemahiran yang dapat menguruskan penggunaan dan kewangan peribadi mereka secara yang berkesan demi kesejahteraan keperibadian dan kewangan mereka.
Bagi mencapai matlamat ini, FOMCA menggunakan dua pendekatan. Pertama, pendidik pengguna mengadakan ceramah di kelab pengguna sekolah, industry dan komuniti tentang isu berkaitan kepenggunaan seperti hak dan tanggungjawab pengguna, pendidikan kewangan, pengguna lestari dan membuat aduan yang berkesan. Pada tahun 2016, pendidik pengguna telah mengadakan sesi ceramah di 150 buah sekolah melibatkan 61,235 peserta. Pada tahun 2016, FOMCA juga mengadakan program di 223 buah komuniti yang menjangkau lebih daripada setengah juta orang.
Kedua, pengguna muda digalakkan untuk terlibat dalam pertandingan HPM. Pertandingan ini diadakan sempena Hari pengguna Malaysia. Antara pertandingan tersebut ialah mewarna, esei, poster, fotografi, blog, montaj video, buku skrap, kartun dan speak-up, mywater dan anjugrah penyertaan sekolah terbanyak. Pada tahun 2016, sebanyak 120,556 penyertaan telah diterima dalam pertandingan ini.
Melalui Pertandingan HPM, pengguna muda akan membuat penyelidikan tentang isu kepenggunaan untuk membolehkan mereka menyertai pertandingan tersebut. Secara tidak langsung, mereka akan mendapat pengetahuan yang betul, kemahiran dan sikap menjadi pengguna yang bijak apabila meningkat dewasa. Ini memberikan mereka kefahaman tentang isu kepenggunaan.
Jumlah pengguna muda yangpenyertaan Pertandingan HPM meningkat daripada 6,909 pada tahun 2002 kepada 129,509 pada tahun 2014, iaitu peningkatan sebanyak 1774.5% sepanjang 7 tahun. Nilai hadiah pertandingan pada tahun 2016 ialah RM250,000. Pertandingan ini telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records pada tahun 2010, 2012 dan 2014 bagi penyertaan terbanyak Pertandingan Kepenggunaan.
Justeru, Pertandingan HPM menerima sokongan yang baik daripada pengguna muda, berdasarkan peningkatan dari segi penyertaan pertandingan. Semenjak dimulakan pada tahun 2002, jumlah besar pengguna muda yang diberikan pendedahan tentang pelbagai aspek isu kepenggunaan berkaitan perlindungan dan kebajikan pengguna.
Kajian Profil Pengguna Kebangsaan 2009, yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mendapati 92% responden mengetahui dan menyedari kewujudan FOMCA seabgai persatuan pengguna di negara ini. Angka ini dua kali ganda berdasarkan kajian yang sama dilakukan pada tahun 2001 (46%). FOMCA percaya salah satu factor yang mempengaruhi kejayaan Pertandingan Kepenggunaan ini ialah peningkatan penampilan FOMCA pada pandangan masyarakat, khususnya pelajar sekolah semenjak tahun 2002.
Input daripada pertandingan
Pada setiap tahun, input daripada penyertaan pertandingan, terutamanya, pertandingan mengarang esei, akan dianalisis dan diringkaskan. Input ini penting kerana ia mewakili suara pengguna Malaysia. Pengumpulan pandangan dan komen ini digunakan oleh FOMCA dalam membuat desakan pelobian yang berkesan terhadap agensi kerajaan bagi mengadakan kerangka perlindungan pengguna yang baik di negara ini.
OBJEKTIF
Objektif utama projek ini adalah:
- Mendidik pengguna tentang hak dan tanggungjawab mereka;
- Meningkatkan pendayaupayaan pengguna tentang isu semasa dan baru; dan
- Menyediakan saluran kepada pengguna untuk menyuarakan keprihatinan dan cadangan mereka terhadap isu pengguna yang baru.
KUMPULAN SASARAN
- Pra sekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
- Institusi Pengajian Tinggi
- Guru / Pensyarah
- Masyarakat Awam / Komuniti
TEMPOH PROJEK
- Januari 2017 – Oktober 2017
JANGKAAN OUTPUT
- Pengguna lebih mengetahui hak dan tanggungjawab mereka;
- Pengguna mempunyai keyakinan dan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, dan mampu untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam; dan
- Pengguna mendapat lebih pengetahuan tentang peri pentingnya Penggunaan Lestaria bagi menyokong kesejahteraan hidup masyarakat dan alam sekitar.
STRATEGI PELAKSANAAN
Projek ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Pendidikan Malaysia.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan projek terdiri daripada tiga bahagian utama:
- Pertandingan Kepenggunaan
- Ceramah Kepenggunaan di sekolah, institusi pengajian tinggi dan komuniti
- Pertandingan Mewarna di pasar raya besar dan komuniti
No comments:
Post a Comment