Saturday, 22 April 2017

Kreatifkan Diri "Aktiviti Kitar Semula"

Jika kuantiti barang kitar semula ini banyak mungkin anda ringan tulang untuk menjualnya di tempat pengumpulan bahan terbuang, dapat juga sedikit wang. Tapi jika kuantitinya sedikit... Tunggu dipungut lori sampah lah jawabnya. Satu kerugian yang amat besar... Jom kita buat aktiviti menarik dan berbaloi dengan kreativiti kitar semula...So di sini saya akan list kan 10 contoh aktiviti yang kreatif untuk kitar semula.

1. Lihatlah bagaimana kotak terbuang di olah menjadi lampu gantung hiasan yang sangat cantik dan menarik.



2. Pinggan kertas ataupun polisterin di jadikan beg comel untuk kanak-kanak. 



3. Tayar terbuang seringkali dijadikan tempat tanaman pokok bunga. Apa kata kali ini anda jadikan ianya sebuah kolam mini...Menarik bukan!



4. Botol-botol kaca yang pelbagai warna, saiz dan rupa menggantikan batu bata simen dinding pagar di rumah anda. Gunakan kreativiti anda untuk menyusunnya. Pasti ianya memberi keunikan dan menjadi hasil seni yang sungguh menarik dan eksklusif!



5. Hasil seni hiasan dinding yang sangat indah dan memukau pandangan dengan hanya menggunakan kotak dan sudu plastik terpakai. Dengan bermodalkan kurang dari RM10...kini menjadi hiasan yang mungkin bernilai puluhan RM nilainya.



6. Ini di kira kitar semula ke? Ya...sekarang ni penyangkut baju dawai tidak lagi sesuai di gunakan untuk menyangkut baju, janganlah di buang pula. Ubah ia menjadi penggantung koleksi kasut anda yang bersepah tu...Kan nampak kemas 


7. Hiasan dinding yang menarik dan menawan dihasilkan dari gelung tape dan bekas tabung kertas seperti bekas shuttle badminton.  Setelah tergantung indah di dinding... Pasti ada yang berkenan, xpercaya? Cubalah...


8. Lihatlah betapa menarik dan comelnya bekas hiasan ini. Jika tidak di belek dengan teliti, pasti tiada siapa yang tahu ianya dihasilkan dari botol plastik terbuang.


9. Hanya sekali minum...pasti ianya dibuang. Itulah nasib cawan kertas. Pakai dan buang, sungguh membazir! Apa kata anda gunakan semula ia untuk di jadikan bunga hiasan yang unik dan tampak eksklusif sekali. Hah... Kau ada!?


10. Bekas tempat letak pen dan pensil yang sangat  menarik. Hasil kreatif dari kayu terbuang.


No comments:

Post a Comment