Teknologi yang semakin canggih telah menghasilkan pelbagai produk menyebabkan semakin banyak berlakunya pencemaran. Secara tidak langsung, alam sekitar menjadi mangsa; baik di udara, laut ataupun di darat. Langkah-langkah haruslah diambil untuk 'membersihkan' alam sekitar daripada pencemaran. Langkah-langkah ini dibahagikan kepada empat tahap iaitu :
(i)
Peringkat Antarabangsa
(ii)
Pihak Kerajaan
(iii)
Organisasi
(iv)
Individu.
• Di
peringkat antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan seperti WHO ( Pertubuhan Kesihatan
Sedunia) dan Greenpeace telah ditubuhkan. Kedua pertubuhan ini bertindak
sebagai pengawas pencemaran. WHO memainkan peranan penting dalam mengawal
pencemaran dan berhak menetapkan peraturan mengenai alam sekitar. Greenpeace
pula memberi maklumat kepada orang ramai mengenai pencemaran yang terjadi di
dunia dan menunjuk perasaan jika berlaku sesuatau pencemaran alam.
•
Langkah yang kedua iaitu, pihak kerajaan, misalnya Kerajaan Malaysia, telah
mengadakan pelbagai undang-undang dan langkah untuk meningkatkan lagi mutu alam
sekitar. Undang-undang seperti sesiapa yang membuang sampah merata-rata akan
dikenakan denda dan dikehendaki membersihkan kawasan dengan diawasi oleh
pegawai yang bertugas. Industri-industri yang membuang sampah atau kimia sewenang-wenangnya
akan disaman.
•
Langkah ketiga, organisasi-organisasi seperti sekolah, komuniti setempat, kelab
remaja dan syarikat boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru
sekolah harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar kepada murid-murid
melalui Pendidikan Moral di sekolah serta mengadakan pertandingan antara kelas
bagi kelas yang paling bersih agar murid-murid mempunyai sifat tanggungjawab
terhadap alam sekitar. Komuniti setempat pula boleh mangadakan pertandingan
antara lorong, kedai makan dan kawasan kejiranan yang terbersih. Kelab remaja
boleh mengadakan himpunan untuk mengumpul surat khabar dari rumah ke rumah dan
juga memungut sampah di tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai
sikap tanggungjawab dalam pembuangan sampah.
•
Langkah keempat, adalah kita sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga
sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh
digunakan semula ( reuse), menggunakan barang-barang yang dibuat dari
barang-barang yang diproses semula ( recycle) dan mengurangkan penggunaan
barang-barang yang tidak diperlukan (reduce). Sikap-sikap sebegini dapat
mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap kesedaran pada
diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus dicemar.
No comments:
Post a Comment